TERKINI: PERANCIS SAHKAN SERPIHAN MILIK PESAWAT MH370?-Penyiasat Perancis akhirnya mengesahkan serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi, Julai lalu adalah dari pesawat MH370 yang hilang.
Pejabat Pendakwa Raya Perancis berkata, ia berdasarkan beberapa nombor siri ditemui di dalam serpihan flaperon yang menyamai catatan rekod simpanan syarikat pembuat komponen sayap pesawat dari Sepanyol itu. "Ia akhirnya secara sah serpihan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion pada 29 Julai lalu adalah MH370, kata pendakwa raya Perancis, Francois Molins hari ini.
Pengumuman itu menjelaskan kepada umum mengenai status penemuan serpihan MH370 itu sama ada ia milik pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang bersama 239 orang di dalam pesawat pada Mac 2014 lalu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, serpihan yang ditemui di Pulau Reunion berkenaan adalah jelas milik MH370.
Penyiasat Perancis bagaimanapun mahu menjalankan ujian lebih mendalam untuk memperoleh kesahihan dan bukti lebih menyakinkan.sumber.

No comments:
Post a Comment