Tuesday, September 15, 2015

KEJAM! POLIS PECAHKAN BEKAL MAKANAN DAN PAU PENGEMIS RM3 DI BUKIT BINTANG

KEJAM! POLIS PECAHKAN BEKAL MAKANAN DAN PAU PENGEMIS RM3 DI BUKIT BINTANG- SEORANG pemilik akaun Facebook mendapat perhatian ramai selepas berkongsi kisah sedih yang berlaku di Bukit Bintang pada 11 September lalu.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku selepas jam 9 malam itu, beberapa anggota polis didakwa telah bertindak melampau apabila ‘mengepau’ wang RM3 selain bertindak memecahkan bekal makanan milik seorang pengemis di sana.

 Rata-rata netizen melahirkan kemarahan mereka terhadap insiden ini dan turut berharap sekiranya ia benar, maka anggota polis yang terbabit mesti diadili kerana telah mencemar nama PDRM.
Kalau dilihat pada gambar di mana nasi bertaburan atas jalan, memang cukup menyedihkan.. kerana nasi yang bagi kita bukan apa-apa itu mungkin besar nilainya buat seorang pengemis yang selalu terpaksa mengikat perut.

Apa pun, mungkin ada penjelasannya mengapa manusia boleh bertindak sekejam ini terutama melibatkan anggota penjawat awam, jika kejadian ini benar-benar berlaku seperti mana diceritakan saksi.sumber.

No comments:

Popular All Time!