Isteri 11%,Suami 15% Yang Sedang Curang Di Malaysia?-Seorang penyiasat persendirian, Datuk M. Venodevan mendedahkan, hampir 15% daripada golongan suami, 11% isteri di Malaysia ini pernah atau sedang berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Memetik laporan Utusan Malaysia semalam, pendedahan itu berdasarkan pengalaman pihak Datuk M. Venodevan yang diminta untuk menyiasat atau memantau pasangan pelanggan mereka.
“Berdasarkan kajian, 33% daripada semua kes curang akan berakhir dengan perceraian apabila kecurangan itu terbongkar.
“Sebagai rujukan dan perbandingan, di Amerika Syarikat, lebih 60% lelaki pernah dan sedang berlaku curang sama ada secara menjalin hubungan sulit dengan perempuan simpanan, melawat pusat pelacuran atau melakukan hubungan seks di luar tabii.
“Di Malaysia, melakukan hubungan seks di pusat urut dan sarang pelacuran sering dipraktikkan. Ini diikuti dengan seks bebas melalui pergaulan menerusi media sosial, perempuan simpanan dan diakhiri dengan hubungan sulit sesama rakan sejawat di pejabat,” katanya.
Menurutnya, majoriti golongan yang terlibat adalah dari golongan berusia 40’an dan 50’an serta berkedudukan sosio ekonomi yang baik dengan kebanyakkannya warga Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
“2% – 3% daripada kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia adalah merupakan anak luar nikah dan akan menghadapi masalah dokumen pengenalan diri.
:Tahun ini pula, trend anak-anak muda bawah umur 30 tahun terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini kerana mempunyai kebebasan berada jauh daripada pasangan hidup akibat tugasan kerja dan mengikut perkembangan zaman negatif mempunyai beberapa pasangan berlainan untuk melakukan se-ks,” katanya.
Bagaimanapun, kes curang merupakan satu perkara yang amat sensitif dan jarang dibawa berbincang secara terbuka menjadikan pihaknya sukar mengumpul maklumat bagi membuat statistik berhubung perkara itu.sumber

No comments:
Post a Comment