Sunday, February 12, 2012

Libas parang ke leher mentua

MOJOKERTO (Indonesia): Seorang lelaki melibas leher bapa mentuanya dengan parang kerana tersinggung dengan teguran lelaki tua itu sebaik dia tiba di kediamannya di daerah Bangsal, di sini, kelmarin.
Insiden itu berlaku apabila warga emas yang dikenali sebagai Juwadi, 85, menegur menantunya, As’at, 35, kerana pulang lewat.
Isteri suspek, Supami memberitahu suaminya pulang lebih lewat kira-kira jam 10 malam. As’at biasanya pulang ke rumah pada waktu petang. As’at yang tersinggung dengan teguran mentuanya lalu bergegas ke belakang rumah sebelum mengambil gergaji dan parang.

“Suami saya bergegas ke belakang rumah lalu mengambil gergaji serta parang sebelum masuk ke dalam rumah semula. Tiba-tiba dia menghayunkan parang itu ke leher bapa saya.

“Bapa saya lalu terjatuh berlumuran darah. Saya tidak dapat berlari keluar untuk mendapatkan bantuan kerana pintu rumah dikunci suami. Selepas anak sulung saya berjaya membuka pintu, kami berlari keluar untuk meminta bantuan jiran,” katanya. Jiran tetangga yang datang untuk membantu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana suspek masih memegang gergaji dan parang di tangannya.

Selepas seorang saudaranya menangkapnya dari belakang, jiran-jiran kemudian membantu membawa mangsa ke hospital berhampiran. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. sumber

No comments:

Popular All Time!