PONTIAN: “Pada mulanya saya melontar kayu ke arah sekumpulan anjing yang mengerumuni objek di tepi belukar, namun hampir pitam apabila mendapati objek itu adalah mayat lelaki yang sudah busuk,” kata warga Indonesia, Mohd Ikrom Selamat, 30, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Sungai Burung, Ikrom dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya yang terletak berhampiran sebelum terserempak dengan kumpulan anjing itu.
Perasaan ingin tahu menyebabkan Ikrom melontar kayu ke arah haiwan terbabit sebelum menghampiri objek itu.
“Badan saya menggigil kerana terkejut dengan penemuan mayat tidak berkasut itu. Saya terus memaklum penduduk kampung,” katanya.
Penduduk, Razif Margono, 40, berkata, sejurus dimaklumkan oleh Ikrom, dia terus ke sana sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Nanas.
“Ini kejadian pertama membabitkan penemuan mayat di kampung kami dan berharap penjenayah segera ditahan, sekali gus menyelesaikan kes itu,” katanya.sumber

No comments:
Post a Comment