KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam menggesa rakyat Malaysia agar menyambut Hari Krismas dengan memahami rakan-rakan rakyat Malaysia dengan lebih baik dan menghargai mereka atas kepelbagaian dan kekuatan yang mereka bawa kepada negara ini.
“Apa yang paling saya suka mengenai waktu Krismas adalah ia mengingatkan kita semua untuk menyebarkan perasaan muhibah dan kegembiraan, tepat pada masanya untuk menyambut Tahun Baharu dan membuat permulaan yang baharu. Tidak salah sekiranya kita diingatkan sekali-sekala,” katanya.sumber


No comments:
Post a Comment