Friday, December 16, 2011

NGERI!! Kaki, tangan terkulai ditetak

ALOR SETAR: Selepas ditetak hingga cedera parah dengan tangan dan kaki kanannya terkulai hampir putus akibat ditetak dengan parang, seorang lelaki ditinggalkan bersendirian berlumuran darah sambil mengerang kesakitan hampir setengah jam tetapi bernasib baik kerana cepat ditemui orang ramai yang menghantarnya ke hospital.

Lelaki berusia 36 tahun, dikatakan bergaduh dengan kenalannya yang berusia 30-an kerana urusan perniagaan berhampiran kawasan kuarters perguruan di Tongkang Yard, Mergong, di sini, sebelum kaki dan tangannya ditetak kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin. 
Mangsa bernasib baik kerana ditemui sekumpulan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 malam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, ketika ditemui mangsa didapati masih hidup namun tidak sedarkan diri akibat pendarahan banyak.

Katanya, mangsa terus dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan dan masih tidak sedarkan diri sehingga petang ini (semalam).sumber

No comments:

Popular All Time!