Friday, December 9, 2011

Hayati sejarah perjuangan Umno

LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat menghayati sejarah perjuangan Umno yang menunjangi Barisan Nasional (BN) supaya mereka terus menghargai kerajaan yang menerajui negara.

Perdana Menteri berkata, apabila diimbas kembali sejarah itu, rakyat akan menyedari betapa besarnya nilai perjuangan Umno selama ini.
Berucap merasmikan Wisma Umno Langkawi di pekan Kuah semalam, Najib yang juga Presiden Umno berkata, dengan kesedaran sejarah itu, masyarakat Melayu akan menyedari bahawa mereka tidak mempunyai alasan untuk menggadai Umn

Katanya, Umno dan BN akan terus membawa perubahan demi perubahan untuk kepentingan rakyat pada zaman “pertarungan minda” ini yang mana sehingga kini Umno terus terbukti memenangi pertarungan itu melalui idea ulungnya.

Beliau yakin rakyat akan terus memberi keyakinan kepada parti yang memerintah berdasarkan suasana global yang menunjukkan ketidakstabilan politik sesebuah negara akan turut memusnahkan kehidupan rakyatnya.

Oleh itu, menurut Najib, rakyat perlu menghargai apa yang sedang mereka nikmati sekarang melalui keupayaan parti yang menerajui negara ini. 

No comments:

Popular All Time!